fbpx

Lebih 100 gajah liar mengganas di ladang tebu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gajah-gajah tersebut enggan meninggalkan ladang penduduk. - Thaiger

BANGKOK – Lebih 100 ekor gajah liar mencetuskan huru-hara dengan memusnahkan ladang-ladang tebu milik penduduk kampung di wilayah Prachin Buri, Thailand, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kejadian itu memaksa beberapa pegawai dari Pusat Perlindungan Hidupan Liar Khao Ang Rue Nai dikerah untuk menghalau gajah-gajah tersebut.

Bagaimanapun, kekurangan pegawai serta situasi tugas yang sukar dan berbahaya telah menjejaskan operasi. Kawanan gajah tersebut dilaporkan enggan meninggalkan kawasan ladang dan terus makan tanaman petani tempatan. 

Pertubuhan Pentadbiran Daerah Kecil Khai Maikaew di wilayah Prachin Buri memuat naik kenyataan di laman Facebook dan merayu agar masalah itu diselesaikan.

“Mereka yang tidak pernah menghadapinya mungkin tidak faham. Satu tahun terdapat sekali musim menuai. Ketika musim menuai, semua orang menunggu untuk menjual hasil tanaman bagi menyara keluarga.

“Ada juga yang terpaksa membayar hutang baja dan anak pokok serta ada yang mahu membayar persekolahan anak, traktor serta lain-lain.

“Namun belum sempat mereka menuai, sekumpulan besar gajah datang dan makan hampir semua tanaman. Harapan untuk melangsaikan hutang musnah,” demikian menurut kenyataan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI