fbpx

EPL: Ikrar Gordon tambat hati Howe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GORDON meledak enam gol bersama Newcastle setakat musim ini dan masih dahagakan jaringan untuk membantu kelabnya itu. - AFP

NEWCASTLE – Wira Newcastle United, Anthony Gordon yang meledak gol tunggal perlawanan ketika menewaskan Manchester United sebelum ini berikrar untuk terus membuatkan pengurus pasukannya, Eddie Howe tertarik dengan persembahan diberikan.

Jaringan kemenangan Gordon itu menyaksikan dia berjaya meledak empat gol berturut-turut pada aksi di St. James Park untuk mengumpul enam gol keseluruhan musim ini dan berada di belakang Alexander Isak dan Callum Wilson dalam senarai penjaring pasukan itu.

Pemain berusia 22 tahun itu yang berhijrah dari Everton Januari lalu mengakui visinya hanyalah satu, iaitu membuatkan Howe kagum dan menggunakan kesempatan sebaik mungkin setiap kali namanya tersenarai.

“Saya fikir ia bukan lagi rahsia. Saya hanya mahu kekal konsisten setiap kali beraksi, menambah jumlah gol dan umpanan jaringan.

“Saya mahu memberikan fokus dalam usaha memastikan pengurus mampu meletakkan kepercayaan terhadap diri saya dan nama saya sentiasa berada dalam senarai kesebelasan utama pasukan,” katanya.

Dalam pada itu, aksi menentang Everton kali ini adalah kali kedua buat Gordon kembali semula ke Goodison Park, namun situasi itu langsung tidak mengganggu fokusnya untuk memburu jaringan bersama Newcastle.

“Perlawanan kali ini tidak ada bezanya buat saya berbanding aksi lain. Saya sedia memberikan persembahan terbaik dan cuba menjaringkan gol untuk membantu kemenangan pasukan,” jelasnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI