fbpx

EPL: Spurs lega khidmat Romero kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROMERO (tengah) kembali memperkuatkan Spurs pada aksi menentang West Ham awal pagi esok selepas bebas daripada penggantungan tiga perlawanan. - AFP

LONDON – Tottenham Hotpur meraih tonik penting menjelang aksi derbi London menentang West Ham United awal pagi esok apabila kembali mendapatkan khidmat pemain pertahanan utamanya, Cristian Romero.

Romero digantung tiga perlawanan ketika Spurs tewas 1-4 menentang Chelsea pada awal bulan lalu menyebabkan Spurs berdepan masalah prestasi apabila tewas tiga perlawanan dan seri sekali dalam empat aksi terakhir.

Selain hilang khidmat Romero, perlawanan menentang Chelsea juga menyaksikan Spurs turut kehilangan seorang lagi tonggak pertahanan utama. Micky Van De Ven yang mengalami kecederaan hamstring sekali gus menyebabkan benteng mereka begitu goyah.

Sepanjang ketiadaan Romero dan Van De Ven, pengendali Spurs, Ange Postecoglou terpaksa menggunakan khidmat Erik Dier dan Ben Davies di bahagian bek tengah selain adakalanya meletakkan Emerson Royal di posisi berkenaan.

Bagaimanapun, gandingan pemain pertahanan baharu itu terpaksa mengambil masa sehingga tiga perlawanan sebelum mampu stabil apabila menunjukkan aksi lebih kental ketika terikat 3-3 menentang Manchester City minggu lalu.

Sebelum itu, mereka terpaksa berdepan dua kekalahan ketika menentang Aston Villa dan Wolverhampton Wanderer menyebabkan Spurs terpaksa akur apabila kedudukan mereka menjunan ke tangga kelima saingan EPL.

Kehadiran semula Romero pastinya melegakan Postecoglou yang mempunyai pilihan untuk menurunkan pilihan pemain pertahanan terkuat untuk mereka kembali ke landasan kemenangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI