fbpx

Misi ketiga bantuan kemanusian ke Gaza pada 18 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) menyaksikan penyerahan sumbangan tabung akaun amanah kemanusiaan rakyat Palestin di Bangunan Perdana Putra hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Misi bantuan kemanusiaan ketiga Ops Ihsan ke Gaza, Palestin akan dilaksanakan pada 18 Disember ini membabitkan penghantaran 60 tan barangan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penghantaran itu tiga kali ganda lebih besar berbanding jumlah 20 tan masing-masing pada misi pertama dan kedua yang dilaksanakan sebelum ini.

Katanya, buat masa ini, kutipan sumbangan bantuan menerusi Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) masih berjalan dan ia dipantau oleh Kementerian Luar.

“Kita juga memantau kutipan yang dibuat oleh badan bukan kerajaan (NGO) selain berharap rakyat Malaysia terus prihatin terhadap kesengsaraan dihadapi rakyat Palestin.

“Itu (pemantauan) telah menjadi arahan di mana koordinasi ini dilakukan oleh Kementerian Luar bagi mengelak salah guna wang sumbangan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis penyerahan sumbangan Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) di sini, hari ini.

Terdahulu, Misi Bantuan Rakyat Palestin menerima sumbangan RM621,954.60 daripada Wanita UMNO dan RM200,000 daripada Syarikat 99 Speedmart Sdn Bhd (99 Speed Mart) untuk diserahkan kepada AAKRP. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI