fbpx

Skuad terjun sedia bawa masuk tiga jurulatih baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGARAH teknikal Persekutuan Renang Malaysia (MS), Bryan Nickson Lomas ketika ditemui di MSN selepas mesyuarat jawatankuasa kerja (JKK) di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Skuad terjun negara dijangka membawa masuk lebih ramai jurulatih terbaik bagi memastikan Malaysia tidak terus ketinggalan serta mengelak dari terus berdepan kesukaran untuk melahirkan penerjun terbaik selepas ini.

Bekas penerjun kebangsaan, Bryan Nickson Lomas yang dilantik sebagai pengarah teknikal skuad terjun negara berkata, pihaknya telah mendapat lampu hijau dari Majlis Sukan Negara (MSN) untuk membawa masuk sekurang-kurang tiga jurulatih baharu.

Tegasnya, dua jurulatih terbaik yang terpilih akan mengendalikan skuad Pelapis Kebangsaan dan tidak menolak kemungkinan seorang lagi jurulatih luar negara terutama dari China akan mengendalikan skuad elit tahun depan.

“Menerusi mesyuarat jawatankuasa kerja (JKK) bersama MSN sebentar tadi (hari ini) kita telah bentangkan masalah yang kita hadapi. Di peringkat Pelapis Kebangsaan kita hanya mengharapkan seorang jurulatih untuk mengendalikan 13 atlet.

“Jadi, kita rasa perlu ada penambahan dua jurulatih iaitu seorang jurulatih tempatan dan seorang lagi dari luar. Untuk Program Podium pula, kita juga merasakan memerlukan seorang lagi jurulatih.

“Setakat ni apa yang kita bentangkan tiada masalah dan MSN telah setuju dengan penambahan jurulatih ini sebab kita memang sangat memerlukannya.

“Mengenai calon jurulatih, kita sedang menilai kesemua permohonan sebelum di bawa ke Malaysia. Apapun, keputusan akhir berkenaan jurulatih tersebut akan diputuskan pada Februari tahun depan.  Tetapi jurulatih Podium yang kita mahu adalah menepati kriteria terutama pernah mengendalikan skuad di Olimpik dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di MSN semalam.

Dalam pada itu, Bryan turut menegaskan antara sebab utama dia mahukan penambahan dua jurulatih di Program Pelapis Kebangsaan bagi merapatkan jurang dengan atlet podium yang dilihat terlalu jauh.

“Kita memang nak tambah dua jurulatih di Program Pelapis Kebangsaan, sebab utama adalah standard atlet pelapis dengan atlet elit masih agak jauh. Jadi kita nak rapatkan jurang tersebut,” ujarnya.

Ketika ini, Malaysia hanya menagih kudrat tiga jurulatih negara untuk mengendalikan Program Podium iaitu Li Rui, Li Junbai dan Datuk Leong Mun Yee. -KOSMO! Online

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN