fbpx

Taska Kemas musnah dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba memadam kebakaran melibatkan sebuah Taska Kemas di Pekan Gopeng, Gopeng hari ini. - Foto IHSAN JBPM

GOPENG – Sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Pekan Gopeng di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng, Mohamad Nasir Mohamad Arshad berkata, sepasukan anggota termasuk dari BBP Kampar dan Simpang Pulai dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan pada pukul 7.38 pagi.

“Kebakaran melibatkan bangunan Taska Kemas yang mana api bermula dari bahagian stor dan disedari seorang guru sebelum menghubungi bomba bagi operasi pemadaman.

“Tiada mangsa yang cedera kerana sesi pembelajaran masih belum bermula,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Menurut beliau, tindakan pantas anggota bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke bangunan Pejabat Penghulu Mukim Teja dan rumah kedai berhampiran.

“Kebakaran itu memusnahkan 60 peratus bangunan melibatkan bahagian stor dan dapur. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI