fbpx

Pas seperti ‘gila talak’ – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid bercakap pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan sumbangan tabung akaun amanah kemanusiaan rakyat Palestin di Bangunan Perdana Putra hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengganggap Pas seperti ‘gila talak’ susulan ajakan parti itu untuk mewujudkan semula kerjasama.

Ahmad Zahid berkata, UMNO setakat ini belum terbuka hati untuk menjalinkan kerjasama dengan parti Pas.

“Mungkin ada pihak yang telah kegilaan talak kerana mereka pernah berada dalam kerajaan dahulu. Alangkah sakitnya apabila mereka mempunyai kerusi yang banyak tetapi mereka terus jadi pembangkang.

“Kita harap mereka terus berdoa, untuk tidak melakukan ‘kekencingan’ (penipuan) sekali lagi kepada UMNO yang menyebabkan UMNO tidak langsung mahu membuka jalan setakat ini.

“Allah belum buka lagi hati kami menjalin semula kerjasama politik dengan mereka. Kami harap mimpi siang mereka itu dapat dinoktahkan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis penyerahan sumbangan Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu Pas tidak menolak untuk bekerjasama semula dengan UMNO di sebalik sejarah ‘pahit’ hubungan kedua-dua parti sebelum ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menjelaskan, sebarang kerjasama dengan UMNO perlu melalui platform Perikatan Nasional (PN) yang turut dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mengulas kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Isham Jalil yang menganggap segelintir pemimpin UMNO sebagai ‘barua’ DAP, Ahmad Zahid berkata, beliau mencabar Isham untuk menyuarakan semula pendapat itu pada mesyuarat MKT malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI