fbpx

Tak perlu marah pendatang baharu berlagak diva – Bell Ngasri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELL NGASRI menitipkan nasihat agar pendatang baharu dalam dunia seni tidak dihakimi membuta tuli. - AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Pelakon popular Bell Ngasri meminta orang jangan terus menghukum pendatang baharu sekiranya terpalit dengan dakwaan bersikap besar kepala.

Menurut Bell atau nama penuhnya Nasrizal Ngasri , 43, pelakon baharu perlu diberi ruang dan elakkan daripada memarahi kerana hakikatnya, mereka tidak sedar telah bersikap negatif sebagai anak seni.

“Mereka pendatang baharu dan baru sahaja masuk dalam industri, kalau perangai tak betul pun mereka tak tahu.

“Jadi diva ke atau buat perkara salah dan ‘demand’ (letak bayaran tinggi) sebab mungkin mereka dilahirkan daripada keluarga berduit.

“Jadi, mereka pun bukan tahu sangat benda-benda ini, jadi tak perlu marah pun,” katanya kepada HibGlam selepas sidang akhbar drama Hikayat Pak Belalang, di sini hari ini.

Sementara itu, dia juga sedar dengan kewujudan isu segelintir pelakon menegur sikap beberapa pendatang baharu yang dikatakan semakin besar kepala.

Katanya, perkara itu juga mungkin tercetus kerana individu tersebut mempunyai rupa dan bakat memudahkan mereka mengundang perhatian ramai.

“Saya sedar ada orang hentam artis baharu besar kepala dan sebagainya tetapi hakikatnya mereka tak sedar pun perkara itu.

“Kalau artis baru buat perangai begitu dengan saya, saya biarkan sahaja sebab mereka tak tahu pun.

“Kalau pelakon lama buat hal begitu, memang kenalah.Budak baru lebih mudah dapat perhatian ramai sebab mereka ada rupa dan bakat,” katanya lagi.

Selain Bell, Hikayat Pak Belalang turut dibintangi Ruhainies, Amy Mastura dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Drama tersebut bakal ditayangkan menerusi saluran Astro Ceria bermula 11 Disember depan setiap pukul 9 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI