fbpx

Snek kulit ikan bukan makanan sihat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kandungan snek kulit ikan

PUTRAJAYA – Hanya kerana ia dipromosikan oleh selebriti atau instafamous, tidak bermakna makanan yang dipasarkan itu berkhasiat dan elok.

Antara snek atau makanan ringan yang semakin digilai orang ramai buat masa ini pastinya snek kulit ikan dory.

Selain kerangupannya, snek itu turut ditabur dengan rasa keju dan kari bagi menambah perisa malah, ada yang disalutkan dengan serbuk telur masin kerana mahu mengikut trend semasa.

Bimbang dengan tabiat dan cita rasa terbaharu rakyat Malaysia itu, Public Health Malaysia (PHM), Kemententerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil membongkar rahsia di sebalik keenakan snek kulit ikan.

PHM menerusi laman Facebook rasminya berkata, kulit ikan yang digoreng dan disalut dengan serbuk telur serta digaul dengan pelbagai serbuk perasa boleh menyebabkan darah menjadi pekat dan tekanan darah meningkat.

“Jika sebelum ini, semua makanan akan ditabur dengan serbuk perasa keju, kini trend baru adalah semua makanan akan disalutkan dengan serbuk telur masin yang merupakan garam.

“Ia ternyata bukan makanan yang sihat dan perlu dijauhi oleh mana-mana pesakit darah tinggi, buah pinggang, strok dan jantung.

“Nak cuba boleh, rasailah betapa masin snek ini dan selepas itu cepat-cepat berhenti,” katanya.

Katanya, snek kulit ikan yang dipasarkan dipercayai mengandungi kandungan garam yang tinggi, lemak, pengawet dan bahan perisa monosodium glutamate (MSG).

Tinjauan Kosmo! di beberapa laman portal beli belah mendapati, harga bagi satu balang snek kulit ikan dory boleh mencecah harga sekitar RM20 hingga RM35 sebalang. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI