fbpx

Restoran dikecam enggan bayar pelanggan RM294

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dan berjaya menghabiskan semua hidangan, namun menolak salad. – Kennedy News

LONDON – Sebuah restoran di Britain menjadi perhatian pengguna media sosial selepas enggan membayar hadiah wang tunai berjumlah £50 (RM294) kepada seorang pelanggan yang berjaya menghabiskan hidangan stik bakar dalam satu pertandingan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Cattlemans Steakhouse di Devon menawarkan sepinggan hidangan stik bakar campur yang mempunyai daging lembu seberat 567 gram, 340 gram daging babi, empat sosej, tiga kepak  ayam, sepotong isi ayam dan burger keju seberat 170 gram.

Seorang pelanggan yang dikenali sebagai Dan berjaya menghabiskan semua hidangan itu dalam masa ditetapkan, namun dia tidak menjamah salad yang turut disediakan sebagai hidangan sampingan.

Menurut Cattlemans Steakhouse, disebabkan itu, Dan tidak layak dikira pemenang kerana gagal menghabiskan semua makanannya.

“Ia mudah. Cabaran itu adalah untuk makan dan menghabiskan semua makanan,” kata pemilik restoran, Gary King.

Tambah King, Dan enggan makan salad tersebut, namun tidak memaklumkan perkara itu lebih awal kepada pihak restoran.

“Jika dia memberitahu bahawa dia enggan makan salad dari awal lagi, kami boleh meletakkan lebih banyak kentang goreng atau gegelung bawang pada pingannya,” jelasnya.

Tindakan tersebut bagaimanapun mendapat kritikan pengguna media sosial yang menganggap Dan berjaya menyelesaikan cabarannya walaupun tidak menjamah hidangan sampingan.

“Restoran tersebut cuba menipu. Salad tidak sepatutnya berada di situ,” kata seorang netizen.

“Dia berjaya menghabiskan hidangan itu,” kata pengguna lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI