fbpx

Empat hari gempa bumi di Filipina, kali ini 5.9 magnitud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 magnitud dilaporkan telah berlaku di Mindoro, Filipina pada jam 4.23 petang hari ini.

Menurut Jabatan Meterologi (MetMalaysia), kejadian itu terletak di 13.9 darjah utara dan 120 darjah timur dengan jarak 56 kilometer (km) barat dari Tagaytay City, Filipina.

Gempa bumi sederhana badai Mindoro, Filipina.

“Buat masa ini, kedalaman gempa bumi tersebut adalah 92 km dan ia masih tidak mengancam Malaysia,” katanya.

Termasuk hari ini, sudah empat hari berturut-turut gempa besar itu mengoncang negara tersebut.

“Sebelum ini, gempa bumi sederhana berukuran 5.2 magnitud dan kedalaman 62 km telah dilaporkan oleh MetMalaysia pada jam 8.34 pagi hari ini.

“Ia terletak di 8.9 darjah utara dan 126.8 darjah timur dengan jarak 52 km timur dari Gingoog City, Filipina,” jelasnya. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI