fbpx

Wanita tertelan berus gigi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pakar bedah berjaya mengeluarkan berus gigi daripada badan Heizea dalam prosedur tanpa pembedahan selama 40 minit. – Newsflash

MADRID – Seorang wanita di Sepanyol tertelan berus gigi selepas menggunakan perkakas tersebut untuk mengeluarkan serpihan ayam belanda yang tersekat pada kerongkongnya, lapor akhbar New York Post semalam.

Wanita dikenali sebagai  Heizea itu berkata,  dalam kejadian pada 29 November lalu, dia tercekik ketika  makan hidangan ayam belanda.

Disebabkan sukar bernafas, dia mencapai berus gigi miliknya dan cuba mengeluarkan serpihan ayam belanda tersebut dari dalam kerongkongnya.

Namun, tanpa disengajakan, dia tertelan berus gigi sepanjang 20 sentimeter itu.

“Saya cuba memegang bahagian berus, namun sebaik sahaja cebisan ayam belanda dapat dikeluarkan, berus gigi itu secara tidak sengaja tersedut masuk.

“Tiada sesiapa boleh membantu saya ketika itu. Bapa saya tidak dapat membantu kerana dia duduk di atas kerusi roda, jadi saya terpaksa menyelamatkan diri sendiri dengan menggunakan berus gigi,” ujarnya.

Heizea kemudian dikejarkan ke hospital, namun dia tidak merasai sebarang kesakitan selepas tertelan berus gigi itu.

Selepas diperiksa dan menjalani diagnosis selama tiga jam, pakar bedah berjaya mengeluarkan berus gigi dalam prosedur tanpa pembedahan selama 40 minit. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI