fbpx

Lebih 350 korban banjir di 4 negara Afrika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEGARA-negara di Tanduk Afrika kini mengalami musim banjir. - Foto AFP

NAIROBI, Kenya – Hujan lebat dan banjir kilat yang melanda rantau Afrika Timur selama beberapa minggu telah mengorbankan lebih 350 orang, manakala lebih sejuta penduduk hilang tempat, lapor portal berita CNN semalam.

Negara yang terjejas ialah Somalia, Kenya, Ethiopia dan Tanzania

Menurut Kementerian Dalam Negeri Kenya, sekurang-kurangnya 136 orang meninggal dunia di negara itu dan hampir setengah juta lagi hilang tempat tinggal.

Hujan berterusan sejak Oktober lalu menjejaskan 38 daripada 47 daerah di seluruh negara. Kenya menyaksikan bencana banjir kilat, banjir dan banjir lumpur sepanjang tempoh tersebut, kata Presiden William Ruto dalam mesyuarat tergempar Kabinet pada minggu lalu.

Bahagian timur laut dan pantai timur Kenya paling teruk terjejas dengan banyak  rumah dan infrastruktur lain rosak teruk.

Hujan lebat luar biasa itu sebahagian besarnya disebabkan oleh fenomena cuaca El Nino. Menurut Jabatan Meteorologi Kenya, cuaca buruk itu diramal berterusan hingga  tahun baharu 2024.

Di Somalia pula, banjir teruk berlaku hanya beberapa bulan selepas negara berkenaan dilanda  kemarau paling buruk dalam tempoh empat dekad.

“Beberapa bulan lalu, kami dilanda kemarau teruk dan kini kami mengalami terlalu banyak air. Orang ramai sentiasa merasai tekanan daripada dua kesan ini,” kata Pengarah Komunikasi Persatuan Bulan Sabit Merah Somalia, Abdulkadir Afi kepada CNN.

“Sama ada kurang air atau terlalu banyak air, orang ramai menderita,” tambah Afi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI