fbpx

Bayi dihina, Denise Chariesta menangis tak maafkan ‘haters’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Denise Chariesta sedih anaknya dikaitkan dengan isu penyondol.

PENYANYI Denise Chariesta tidak mampu menyembunyikan perasaan sedih apabila bayinya yang baru dilahirkan pada 11 Oktober lalu menjadi bahan kecaman segelintir netizen.

Selebriti sensasi yang sebelum ini terpalit dengan dakwaan menjadi penyondol rumah tangga orang lain berkongsi luahan dalam Instagramnya.

Menurut Denise, anak kecilnya tidak berdosa dan seharusnya individu yang tidak berpuas hati dengannya hanya menghamburkan perasaan tersebut kepadanya.

Antara kecaman dilemparkan menyebut bayinya yang diberi nama Jaden Bowen Yap kurang sihat walaupun berulang kali menafikan desas-desus berkenaan.

Denise pernah menghasilkan sebuah video muzik berjudul Maafkan Mama yang menceritakan perasaannya menimang cahaya mata saat Jaden dilahirkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI