PETALING JAYA – Pempengaruh Khairul Aming membangkitkan keterujaan orang ramai untuk menanti ketibaan bulan Ramadan selepas memaklumkan konten popularnya, ’30 Hari 30 Resipi’ akan diteruskan.
Menerusi Instagramnya baru-baru ini, Khairul Aming mengesahkan konten yang sentiasa dinantikan sepanjang Ramadan itu kembali bagi tahun ke-7.
“100 hari lagi Ramadan akan kembali. Diharapkan kita semua dipanjangkan umur untuk berjumpa lagi Ramadan nanti. ’30 Hari 30 Resipi’ akan kembali untuk tahun ke-7,” tulisnya pada kapsyen video.
Orang ramai yang terdiri daripada pengikut Khairul Aming khususnya, rata-rata menyatakan rasa tidak sabar menunggu detik berkenaan.
“Tak sabar! Semoga kita semua diberi kesempatan bertemu Ramadan tak lama lagi, insya-Allah,” ujar seorang pengguna.
“Itu dia 30 hari 30 resipi. Siap la kau bunyi batu air dia kacau,” komen meera_samsudin
“Tak sabar dah,” kata Imanrasyid.
“Mohon hantar draf ke pasar raya Malaysia sebelum kongsi agar stok mencukupi buat kami,” pesan Dilasaur. – KOSMO! ONLINE