fbpx

Ribut petir, hujan lebat di hampir seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di hampir seluruh negara sehingga 5 petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di akaun Facebook berkata, negeri pantai timur antara negeri yang bakal berdepan dengan cuaca buruk ini.

“Di negeri Kelantan, antara kawasan yang terlibat adalah Jeli dan Tanah Merah manakala di Terengganu pula, kawan Hulu Terengganu dan Dungun. Bagi Pahang pula, kawasan Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Pekan dan Rompin turut diramal dengan cuaca buruk tersebut.

“Situasi sama turut diramal di zon utara iaitu negeri Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling) dan Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim),” katanya.

Tambah MetMalaysia, ribut petir turut diramal di Selangor melibtkan kawasan Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson), Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing) juga diramal cuaca hujan lebat,” jelasnya.

Ujarnya lagi, cuaca yang sama turut diramal di Sabah yang melibatkan kawasan Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Sandakan (Kinabatangan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI