fbpx

EPL: Guardiola seru pemain Man. City bangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY gagal mencatat kemenangan dalam tiga aksi EPL berturut-turut sekali gus menjadi situasi pertama dihadapi mereka sejak kali terakhir berlaku pada 2017. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola tidak menolak dakwaan yang mengatakan pasukannya sedang bergelut dengan prestasi tidak menentu dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Juara bertahan itu jatuh ke tangga ketiga liga ketika ini selepas sekadar mencatat keputusan seri 3-3 menentang Tottenham Hotspur pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Etihad kelmarin.

Justeru, Guardiola menaruh sepenuh kepercayaan terhadap barisan pemainnya untuk kembali bangkit menjelang pertemuan dengan Aston Villa pada aksi Liga Perdana di Villa Park awal pagi esok.

“Memang kami tidak gembira selepas gagal dapatkan tiga mata ketika berdepan Spurs tetapi prestasi kami masih sama dengan sebelum ini. Ramai orang cakap kami melepaskan banyak gol pada musim ini.

“Bagaimanapun, ia berpunca daripada kesilapan kami sendiri dan ia dimanfaatkan sebaiknya oleh pasukan lawan. Kami tidak boleh melatah kerana masih banyak perlawanan yang perlu diharungi selepas ini,” katanya.

Bekas jurulatih Barcelona itu melaungkan sepenuh keyakinan pemain-pemainnya tidak terganggu dengan prestasi semasa kerana mereka pernah berdepan situasi yang hampir serupa sebelum ini.

“Saya mahu semua pemain berdepan cabaran ini dengan penuh karakter. Saya masih ingat kami pernah berdepan situasi sama dan ubatnya adalah kami tidak boleh mengalah dan sentiasa cabar diri sendiri,” ujar Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI