fbpx

Kemenangan Pas diharap redakan suhu politik – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir merasmikan Hari Profesion Teknikal Negara 2023 di sini, hari ini.

PUTRAJAYA – Kemenangan Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman diharapkan dapat meredakan suhu politik yang panas ketika ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, dengan kemenangan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada PRK itu, beliau dapat menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen yang baik di kawasan berkenaan.

“Saya ucap tahniah kepada Samsuri diatas kemenangan mudah-mudahan dia dapat jalankan tugas dengan baik dan juga dari segi negara dia akan memberikan sekurang-kurangnya sedikit kelegaan.

“Kerana imej Pas yang nampak jauh lebih ekstrem dan ia diharap dapat meredakan suhu politik yang terlalu panas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Profesion Teknikal Negara 2023 di sini, hari ini.

Pada Sabtu lepas, Pas mengekalkan penguasaan di Parlimen berkenaan apabila calonnya yang juga Menteri Besar Terengganu menang dengan 64,998 undi iaitu majoriti 37,220 undi berbanding calon BN, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (27,778 undi).

Mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa parti berkenaan masih jauh untuk memperolehi undi orang Melayu, Presiden PKR itu berkata, beliau melihat berlakunya penyusutan undi dari Pas pada PRK itu namun, undi dari UMNO yang kurang ekoran ramai tidak keluar mengundi.

“Kalau kita tengok peratusan undi tu ada sedikit susut dari Pas tetapi pengundi UMNO juga ada yang belum keluar mengundi. Itu patut diberi penjelasan.

“Semalam, kita ada mesyuarat antara Pakatan Harapan dan pimpinan UMNO. Saya berpuas hati dan nampak mereka (UMNO) akan kerahkan jentera mereka ke akar umbi,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI