fbpx

B40 bersyukur, M40 perlekeh dapat RM100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Dalam kegembiraan dan kesyukuran rakyat Malaysia menerima RM100 menerusi penebusan e-kredit tunai eMadani, ada segelintir pula yang memperlekeh pemberian tersebut selain memberikan maklum balas sinis.

Tinjauan di Facebook Kosmo! Online, pelbagai komen diterima termasuk seolah-olah seperti perlian dan memperlekeh pemberian RM100 eMadani itu.

“Alhamdulillah lepas lah buat beli bawang untuk setahun,” kata seorang pengguna media sosial ditambah dengan emoji gelak seperti memerli.

Kemudian dia ditegur pengguna lain supaya bersyukur selain menasihatinya untuk memberikan kepada mereka yang lebih memerlukan.

“Bersyukur kepada Allah atas rezeki. Kalau rasa benda ni tak berharga kat kamu, beli lah beras dan barangan asas. Boleh sedekah kepada rumah anak-anak yatim, dapat juga pahala kan,” tegurnya.

“Boleh makan setahun,” kata seorang individu dengan komen berbaur perlian.

Ia juga mendapat teguran seorang pengguna Facebook kerana lebih ramai lagi rakyat Malaysia berdepan masalah kewangan untuk keluarga.

“Pelik dengan orang yang perli-perli ni. Dia tak nak ambil itu dia punya pasal, jangan dok perli orang yang ambil atau jumlah kerajaan bagi RM100 boleh tahan setahun. Ramai kat luar sana dalam poket tak sampai RM100 pun nak bertahan seminggu, dua minggu dan sebulan,” ujarnya

“Pada orang susah RM100 sangat-sangat berharga. Orang kaya macam kamu memang akan mengutuk selagi boleh. Apa kerajaan buat semua tak betul,” komen seorang lagi memberi teguran.

Terdahulu, media melaporkan, sebanyak empat penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet mengambil bahagian dalam program itu serta boleh dituntut bermula pukul 8 pagi semalam.

Selain RM100 dalam bentuk kredit e-tunai daripada kerajaan, penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat turut memberi insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai, diskaun atau mata ganjaran (reward points) sepanjang tempoh program berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI