fbpx

Kanak-kanak melecur dipanah petir, ibu trauma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua beranak dikejarkan ke HTF akibat dipanah petir di Simpang Empat, Kangar semalam.

KANGAR – Seorang kanak-kanak lelaki melecur hampir keseluruhan badan manakala ibunya mengalami trauma dalam kejadian dipanah petir di Simpang Empat di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, kejadian berlaku di Kampung Permatang Kerisek, Simpang Empat kira-kira pukul 7 malam.

“Mangsa, Nor Lelawati Abu Bakar, 39, keluar dari rumahnya untuk mengambil anak lelakinya, Muhamad Azizul Jaafar, 8, pulang dari rumah jiran dan ketika itu hujan.

“Ketika dua beranak itu sedang berjalan pulang ke rumah lalu terdengar dentuman kuat di langit sebelum kedua-duanya disambar petir,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kejadian itu mengakibatkan Muhamad Azizul mengalami kesan terbakar hampir seluruh badan, manakala ibunya, Nor Lelawati pula hanya mengalami trauma.

“Mangsa ditemui jiran dan kedua-duanya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar sebelum kanak-kanak terbabit dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk mendapatkan rawatan pakar kulit,” ujarnya.

Kejadian yang berlaku masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI