fbpx

Lagu ‘Tenaga Untuk Malaysia’ pembakar semangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARIS (kanan) bakal mengetuai skuad negara turun menghadapi Chile untuk aksi pertama Piala Dunia Hoki Remaja 2023 di Stadium Hoki Nasional malam ini.

PETALING JAYA – Buat julung kalinya skuad hoki remaja lelaki negara dibekalkan dengan lagu istimewa sebagai sorakan pembakar semangat menghadapi Piala Dunia Hoki Remaja 2023 bermula hari ini hingga 16 Disember nanti.

Lagu dicipta khas berjudul Tenaga Untuk Malaysia Victory Up (V-UP) itu merupakan ilham daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Hokita yang dinyanyikan oleh artis hip hop tempatan, B-Heart.

Lirik lagu berkenaan ditulis bersama B-Heart dan LastKhalif bagi menyemarakkan semangat barisan pemain yang akan membuka tirai Piala Dunia Remaja 2023 menentang Chile di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada pukul 8 malam ini.

Ia bertujuan untuk menyatukan rakyat Malaysia supaya memberi sokongan penuh kepada pasukan remaja negara demi meraih kemenangan (V-UP) di kejohanan tertinggi ini.

Kempen itu juga dilihat mahu menggalakkan rakyat Malaysia hadir memenuhi setiap ruang stadium keramat tersebut untuk memberi sokongan kepada pemain-pemain muda skuad kebangsaan.

“Inisiatif sangat baik untuk tarik perhatian golongan muda. Jarang (kita) dengar kesukanan bergabung dengan hip hop. Saya bersyukur pihak Hokita dan TNB kerana memberi peluang ini,” kata B-Heart atau nama penuhnya Hairi Azrie Henri.

Menariknya, para pemain seperti kapten, Muhammad Faris Harizan, Shahmie Irfan Suhaimi, Alfarico Lance Liau Jr. dan ramai lagi turut meraih pengalaman berharga berada dalam muzik video rasmi lagu berkenaan.

Difahamkan, ini adalah kali pertama skuad hoki remaja negara diberi lagu sorakan pembakar semangat yang tersendiri untuk menghadapi pentas Piala Dunia Remaja sejak edisi pertama di Versaille, Perancis pada 1979.

Selepas bertemu Chile, skuad bimbingan Muhamad Amin Rahim itu akan berdepan juara bertahan, Argentina malam esok sebelum melengkapkan saingan Kumpulan A menentang Australia pada Jumaat ini.

Sebagai rekod, Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) meletakkan sasaran mara ke suku akhir bagi mengulangi pencapaian tempat kelapan diraih sewaktu edisi 2021 di Bhubaneswar, India. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI