fbpx

Festival ASEAN KL temukan usahawan dari negara anggota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OOI (kanan) bergambar bersama tetamu kenamaan pada majlis pelancaran Festival ASEAN KL baru-baru ini.

PETALING JAYA – Festival ASEAN Kuala Lumpur yang telah berlangsung selama empat hari berakhir pada Ahad lalu telah menjadi pusat pertemuan usahawan daripada negara jiran di Asia Tenggara untuk mempamer dan mempromosikan produk, kraftangan, kebudayaan serta perkhidmatan masing-masing.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GenYouth Group Sdn. Bhd. Gillian Ooi berkata, bersandarkan sambutan menggalakkan yang diterima daripada kumpulan tersebut yang menempatkan lebih daripada 90 reruai itu dijangkakan transaksi dagangan daripada program julung kali itu adalah kira-kira RM500,000.

“Festival ASEAN juga bakal dilihat sebagai satu produk pelancongan yang akan menjana pendapatan kepada industri tersebut di negara ini kerana ia  dianggap sebagai yang terbesar pernah dianjurkan, sebelum ini program yang sama telah dianjurkan di Jakarta, Indonesia,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program tersebut di sebuah pusat beli-belah utama di sini.

Ooi menerangkan, Festival ASEAN terbahagi kepada tiga komponen iaitu ASEAN Market yang mana kira-kira 90 gerai menawarkan pelbagai produk dan kraf dari negara-negara ahli termasuk barangan unik, hidangan makanan dan minuman.

Komponen kedua pula terdiri daripada ASEAN Travel Fair yang menyediakan Pameran ASEAN untuk muslim dan bukan Muslim yang menampil wakil-wakil daripada pelbagai agensi pelancongan negara terlibat.

Komponen ketiga pula adalah Pesta Muzik ASEAN yang menyajikan pertunjukan budaya oleh kedutaan Malaysia, Thailand, Vietnam dan Indonesia termasuk tarian tradisional selain pertunjukan muay thai, peragaan fesyen dan persembahan muzik.

Tambah Ooi, festival tersebut yang berjaya menarik lebih daripada 20,000 pengunjung adalah satu platform baharu yang dianjurkan syarikatnya yang berpengalaman dalam penganjuran pelbagai majlis bertaraf antarabangsa sebelum ini. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI