fbpx

Saintis ramal sambungan internet terjejas 2024 akibat ribut solar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR Fail NASA pada 2011 menunjukkan ribut solar. – AFP

NEW DELHI – Saintis-saintis mengeluarkan amaran mengenai fenomena  ribu solar dahsyat yang diramalkan berlaku pada awal tahun depan, lapor laman berita news18.com kelmarin.

Menurut beberapa penemuan baharu, ribut solar itu akan cukup kuat untuk mengganggu liputan internet di Bumi selama berminggu-minggu disebabkan oleh  oleh medan magnet matahari.

Satu kajian itu menyatakan bahawa ribut solar itu berlaku ketika kemuncak kitaran aktiviti Matahari yang dikenali sebagai Suria Maksimum.

Penemuan saintis-saintis tersebut bercanggah dengan ramalan NASA sebelum ini yang menyatakan bahawa fenomena Suria Maksimum akan berlaku pada akhir 2025.

Aktiviti  Matahari memuncak setiap  11 tahun yang mencetuskan gangguan terhadap cuaca angkasa lepas di samping menjejaskan satelit, grid elektrik dan sistem komunikasi di seluruh dunia. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI