fbpx

Melaka dipilih anjur dua acara pelancongan global pada 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
King Sing. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Melaka dipilih bagi penganjuran Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) dijadualkan berlangsung dari 27 sehingga 29 September 2025.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing pada sidang akhbar bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh di sini.

Beliau berkata, dua program itu boleh dianggap sebagai persiapan bagi semua pemain industri pelancongan tempatan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Pemilihan Melaka disebabkan ia merupakan sebuah negeri pelancongan global yang kaya dengan sejarah unik pelbagai warisan masyarakat tempatan sejak sekian lama,” katanya.

Malaysia dicalonkan sebagai hos WTD 2025 ketika sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Pelancongan Sedunia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) ke-25 di Uzbekistan pada 2023.

Lebih unik, penganjuran acara tersebut bakal dilakukan serentak dengan edisi ketujuh WTC 2025 yang dijangka menghimpunkan lebih 3,000 peserta daripada 159 negara anggota.

Malahan ujarnya, pihak kementerian menganggarkan kira-kira 500 individu termasuk menteri pelancongan, ketua agensi pelancongan dan tokoh industri berkenaan akan hadir.

Beliau berkata, satu jawatankuasa induk juga akan dibentuk bagi membincangkan gerak kerja penyelarasan berhubung penganjuran itu bermula awal tahun depan.

“Kumpulan itu akan dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha kementeriannya, Datuk Roslan Abdul Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Zaidi Johari,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI