fbpx

Konflik Palestin-Israel: Hospital Gaza bertukar ‘zon kematian’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki membawa seorang gadis melepasi pesakit yang terbaring di lantai di hospital Nasser di Khan Yunis semalam. - AFP

BANDAR GAZA  – Jurucakap Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), James Elder memaklumkan bahawa sebuah hospital di Gaza menjadi ‘zon kematian’ selepas Israel meneruskan serangan ke atas wilayah Palestin itu, lapor akhbar Mirror UK semalam. 

Ketika Israel menumpukan serangan di selatan Gaza terutamanya bandar Khan Younis dan Rafah, pejabat media Palestin memaklumkan bahawa lebih 700 orang awam Palestin terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu. 

Elder turut menggambarkan keadaan terkini di dalam hospital al-Nassar di Khan Younis yang menghadapi kesesakan pesakit. 

“Dia mana-mana sahaja anda pergi (dalam hospital), terdapat kanak-kanak yang melecur tahap tiga, mengalami luka, kecederaan otak dan patah tulang. 

“Ibu-ibu menangisi anak-anak yang kelihatan hampir meninggal dunia. Ia seperti zon kematian sekarang,” katanya.

Israel mendakwa bahawa kumpulan Hamas sedang bersembunyi di selatan Gaza. Penasihat Perdana Menteri Israel, Mark Regev berkata, terdapat ‘infrastruktur ketenteraan utama Hamas’ di Khan Younis.

Tentera Israel mendakwa kononnya  mereka menemui lebih 800 terowong di Gaza sejak serangan darat bermula.

Sekurang-kurangnya 500 terowong kemudian dimusnahkan dengan menggunakan bahan letupan atau menutupnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI