fbpx

EPL: Aura Anfield bantu magis Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEXANDER-ARNOLD meledak gol kemenangan Liverpool ketika mencatat kebangkitan menewaskan Fulham kelmarin. - AFP

LIVERPOOL – Dua gol pada penghujung permainan menyaksikan magis Liverpool dengan mencipta kebangkitan apabila mencatat kemenangan 4-3 ke atas Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield malam kelmarin.

The Reds memastikan tiga mata dalam genggaman selepas menjaringkan empat gol menerusi Alexis Mac Allister, Wataru Endo, Trent Alexander-Arnold dan gol sendiri Bernd Leno, manakala gol Fulham dijaringkan Harry Wilson, Kenny Tete dan Bobby De Cordova-Reid.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui terpegun dengan aksi ditampilkan kedua-dua pasukan selain mengakui ia merupakan perlawanan yang paling gila pernah disaksikannya sejak bergelar jurulatih.

“Perasaan saya selepas perlawanan hari ini (kelmarin) sukar untuk digambarkan kerana terlalu banyak kejutan. Saya kata kepada semua pemain bahawa perlawanan hari ini (kelmarin) menjadi sukar kerana kami agak bodoh.

“Ketika kedudukan 3-3, saya lihat semua pemain bertungkus-lumus untuk dapatkan tiga mata dan kami bernasib baik apabila berjaya jaringkan gol keempat. Satu pengalaman menarik untuk semua penonton yang hadir,” katanya.

Kemenangan itu menyaksikan Liverpool mengekori rapat pendahulu liga, Arsenal dengan perbezaan dua mata selepas Manchester City sekadar mencatat keputusan seri 3-3 menentang Tottenham Hotspur.

“Perlawanan ini sangat kompetitif dengan jaringan-jaringan yang menakjubkan. Anda semua boleh lihat gol yang dijaringkan Trent (Alexander-Arnold) dan Macca (Mac Allister), ia bukan satu perkara mudah,” tambah Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI