fbpx

Tiada tindakan lanjut SSM ke atas UiTM Holdings

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Sabki Yusof ketika sidang akhbar Semarak Daya Niaga Usahawan, di Pusat Borong GM Klang, hari ini.- Foto SHIDDIEQIIN ZON

KLANG – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tidak mengambil tindakan lanjut ke atas UiTM Holdings Sdn. Bhd. kerana syarikat itu sudah menyerahkan laporan kewangan 2020 pada Februari lalu.

Pengerusi SSM, Ahmad Sabki Yusof berkata, anak syarikat Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu didapati mematuhi arahan dan ketetapan pihaknya.

Jelas beliau, SSM sebelum ini sememangnya mengeluarkan arahan inkuari berhubung laporan kewangan tahun tersebut.

“Pemeriksaan mendapati UiTM Holdings mematuhi arahan itu dan menyerahkannya pada Februari tahun ini.

“Justeru, tiada sebarang tindakan lanjut diambil mengikut Akta Syarikat 2016,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Semarak Daya Niaga Usahawan di Kompleks Perniagaan GM Klang di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan sayap pelaburan UiTM Holdings yang sepatutnya menjana pendapatan kepada universiti itu direkodkan kerugian RM157.04 juta bagi tempoh empat tahun berturut-turut.

Mengulas lanjut, kata Ahmad Sabki, semua syarikat diwajibkan menyerahkan laporan kewangan kepada SSM setiap tahun.

“Suruhanjaya ini berfungsi untuk melakukan pengauditan laporan itu menerusi juruaudit luar. Ia kemudian melibatkan proses serah dan simpan semua maklumat berkenaan di SSM,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI