fbpx

Ahmad Samsuri mula tugas Ahli Parlimen lawat Pelabuhan Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri (lima dari kiri) meninjau kren gantri baharu yang bakal beroperasi pada suku pertama tahun depan di Dermaga Timur, Pelabuhan Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memulakan tugas pertama sebagai Ahli Parlimen Kemaman yang baharu dengan melawat Pelabuhan Kemaman di sini hari ini.

Menteri Besar Terengganu itu menyaksikan proses pengujian dua kren gantri baharu di Dermaga Timur pelabuhan terbabit yang dijangka memulakan operasi selewat-lewatnya bulan Mac tahun hadapan.

Beliau berkata, oeprasi kren gantri tambahan tersebut akan menambah lagi kecekapan Pelabuhan Kemaman kepada sekali ganda sekaligus membawa limpahan ekonomi kepada penduduk daerah ini.

“Kekerapan kapal-kapal (kargo) masuk (ke dalam Pelabuhan Kemaman) akan bertambah sekaligus memberi kelebihan kepada pemain-pemain industri di kawasan (Kemaman) ini.

” Ia akan membawa limpahan ekonomi kepada Kemaman untuk tumbuh dengan lebih baik,” katanya ketika ditemui di Dermaga Timur, Pelabuhan Kemaman di sini hari ini.

Pemasangan dua kren gantri baharu terbabit bakal meningkatkan keupayaan Pelabuhan Kemaman mengangkut kargo daripada empat juta metrik kepada 10 metrik tan setahun.

Ahmad Samsuri berkata, beliau berharap perkembangan Pelabuhan, Kemaman tersebut dapat mendorong lebih banyak syarikat untuk melabur dan melebarkan operasi mereka di daerah ini.

Jelas beliau, ia membolehkan lebih banyak peluang pekerjaan dapat ditawarkan kepada warga tempatan.

Ahmad Samsuri dari Pas dipilih menjadi wakil rakyat Parlimen Kemaman selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman berlangsung Sabtu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI