fbpx

Lagi gempa bumi di Filipina, kali ini 5.5 magnitud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gempa bumi sederhana badai Mindanao, Filipina

PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 magnitud sekali lagi telah membadai Mindanao, Filipina pada jam 1.08 petang hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), kejadian itu terletak di 8.7 darjah utara dan 126.9 darjah timur dengan jarak 68 kilometer (km) timur dari Gingoog City, Filipina.

“Buat masa ini, kedalaman gempa bumi tersebut adalah 80 km dan ia masih tidak mengancam Malaysia dan MetMalaysia,” katanya.

Termasuk hari ini, sudah tiga hari berturut-turut gempa besar itu mengoncang negara tersebut.

“Sebelum ini, gempa bumi sederhana berukuran 5.2 magnitud dan kedalaman 50 km telah dilaporkan oleh MetMalaysia pada 12.59 tengah hari tadi.

“Ia terletak di 9.0 darjah utara dan 127.0 darjah timur dengan jarak 74 km timur dari Gingoog City, Filipina,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI