fbpx

Adira failkan cerai kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Adira mengejutkan ramai apabila muncul di Mahkamah Syariah Gombak Barat, Rawang, pagi tadi.

PETALING JAYA – Beberapa jam selepas meraih gelaran naib juara Famili Duo musim tiga (FD3), penyanyi Adira mengejutkan ramai apabila muncul di Mahkamah Syariah Gombak Barat, Rawang, pagi tadi.

Kehadiran ibu kepada empat cahaya mata itu ditemani kakaknya Emma, selaku wakil bagi sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) susulan permohonan perceraian terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu pada 25 Oktober lalu.

Permohonan tersebut diajukan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor bersandarkan Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Bukan kali pertama, tindakan tersebut sekali gus menjadi permohonan kedua pemilik nama sebenar Siti Adira Suhaimi, 32, selepas menfailkan tuntutan sama pada 1 April 2019 iaitu ketika hamil anak ketiga mereka.

Kehadirannya yang bergelar isteri kedua Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red itu juga mengesahkan spekulasi keberantakan rumah tangga mereka apabila didakwa tidak lagi harmoni sejak akhir tahun lalu.

Bagi sebutan kedua kes yang berlangsung pagi tadi, Adnan, 43, hanya datang bersendirian tanpa membawa bersama wakil seperti ditetapkan mahkamah.

Berikutan tindakan tersebut, Hakim Syarie Abdul Hadi Omar menegur ahli perniagaan terbabit yang dikatakan melambat-lambatkan proses JKP.

Susulan itu, Abdul Hadi menangguhkan sesi bersama JKP kepada 18 Disember depan Adnan membawa bersama wakil yang dilantik mewakilinya.

Biarpun enggan memberikan sebarang komen, bibit hubungan dingin pasangan yang bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 itu dapat dihidu peminat berikutan tiada lagi gambar bersama-sama dalam media sosial.

Adira sebelum ini menangkis spekulasi  berkenaan sebaliknya hanya memaklumkan lebih menjaga hati isteri pertama, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim.

Sepanjang tempoh permohonan cerai, Adnan juga dilihat tidak ketinggalan hadir memberikan sokongan sebanyak dua kali di Studio NTV7 Glenmarie sepanjang lapan minggu Adira bersaing dalam program FD3.

Begitupun, ketika kedatangan kali pertama pada konsert minggu ketiga, penyanyi itu enggan mengambil gambar berdua dengan alasan menjaga hati madunya.

Usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan maklum balas pemilik nama sebenar Siti Adira Suhaimi belum berhasil apabila panggilan tidak dijawab. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI