fbpx

Volum trafik MAE Maybank tinggi, ramai tuntut eMadani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Aplikasi mudah alih Maybank, MAE menerima volum trafik yang tinggi susulan tuntutan e-kredit RM100 secara sekali bayar menerusi program eMadani yang dibuka bermula pukul 8 tadi.

Susulan itu, Maybank pada hantaran di Facebook memaklumkan, pihak tersebut sedang berusaha menyelesaikan masalah yang timbul.

“Kami mengalami volum yang tinggi berhubung kredit eMadani RM100 melalui aplikasi MAE.

“Justeru, kami berusaha untuk menyelesaikannya. Kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi,” menurut hantaran Maybank hari ini.

Sementara itu, Maybank menerusi hantaran terkini memberitahu, permohonan eMadani pada aplikasi MAE berjalan seperti biasa, manakala pengguna boleh membuat tuntutan tersebut.

Terdahulu, media melaporkan, sebanyak empat penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet mengambil bahagian dalam program itu.

Selain RM100 dalam bentuk kredit e-tunai daripada kerajaan, penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat turut memberi insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai, diskaun atau mata ganjaran (reward points) sepanjang tempoh program berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI