fbpx

Gempa bumi 5.4 magnitud gegar Mindanao

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gempa bumi sederhana gegar Mindanao

PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 magnitud sekali lagi telah berlaku di Mindanao, Filipina pada jam 9.07 pagi, hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), kejadian itu terletak 8.1 utara dan 126.8 timur dengan jarak 61 kilometer (km) timur dari Bislig, Filipina.

“Ia berlaku pada kedalaman 84 km. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia setakat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini Kosmo! Online melaporkan gempa bumi kuat melanda pantai Pulau Mindanao pada kedalaman 32 km, diikuti empat gegaran susulan dengan kekuatan melebihi 6.0 pada skala Richter dalam tempoh beberapa jam.

Gegaran awal tersebut mencetuskan amaran tsunami di seluruh rantau Pasifik dan ia menyebabkan penduduk di sepanjang pantai timur Mindanao berlari keluar dari bangunan, mengosongkan hospital dan menuju ke tempat lebih tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI