fbpx

Ambil masa sehingga 5 hari baru boleh tebus eMadani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Orang ramai terkejut selepas mendapati mereka terpaksa menunggu sehingga lima hari sekiranya ingin menebus e-kredit tunai eMadani sebanyak RM100.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! di platform media sosial pagi ini, orang ramai sudah mula menebus e-kredit tersebut di platform pilihan masing-masing seawal pukul 8 pagi.

Tidak kurang juga, ada beberapa pengguna yang melaporkan mengalami kesukaran untuk menebus e-kredit tersebut menerusi platform MAE dan Setel.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen yang bangun awal pada pagi ini untuk menebus eMadani berasa kecewa dengan masa menunggu.

Malah, ada juga beberapa platform yang berdepan masalah semasa ingin membuat penebusan.

“Nasib sempat claim eMadani kat MAE tadi. Sekarang ‘Sorry, this service is temporarily unavailable. Please try again later’. Bertabahlah semua,” kata Fhara.

“Bangun tidur hari ini terus buka MAE, tapi bila nak tebus e-kredit, logo eMadani di MAE terus hilang,” kata jzelzllkfly.

“Berpagi-pagi salam diutus, marilah tebus eMadani seratus (100),” kata Azri.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan sebanyak empat penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet mengambil bahagian dalam program itu.

Selain RM100 dalam bentuk kredit e-tunai daripada kerajaan, penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat turut memberi insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai, diskaun atau mata ganjaran (reward points) sepanjang tempoh program berkenaan.

Kementerian Kewangan memaklumkan, syarat-syarat kelayakan bagi pendaftaran Program eMADANI mestilah merupakan warga Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI