fbpx

Api panaskan susu menyala sejak 1949

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nikub menunjukkan susu yang dipanaskan di atas api yang menyala sejak 1949. - NDTV

NEW DELHI, India – Sebuah kedai di bandar Jodhpur, India mendakwa bahawa api yang digunakan untuk memanaskan susu di premis itu telah menyala sejak 1949, lapor stesen penyiaran NDTV kelmarin.

Pemilik kedai, Vipul Nikub berkata: “Datuk saya memulakan kedai susu ini pada 1949. Api berterusan menyala sejak 1949. Kedai ini beroperasi  22 hingga 24 jam setiap hari. Susu dipanaskan secara tradisional menggunakan arang dan kayu.

“Sudah hampir 75 tahun kedai ini beroperasi secara konsisten dan ia diuruskan secara turun-temurun. Saya generasi ketiga. Kedai susu terkenal, orang suka dan susu membekalkan nutrisi dan tenaga kepada pelanggan jadi kami berjaya menjalankan perniagaan,” katanya.

Kedai-kedai susu di seluruh India menjadi kiosk makanan yang klasik. Ia biasanya terletak di tepi jalan yang sibuk dan menawarkan pelbagai jenis produk berasaskan susu yang memenuhi citarasa tempatan.

Selain minuman, kedai susu akan menawarkan pelbagai jenis gula-gula, dadih dan hidangan tenusu lain. Dalam setiap teguk dan suapan, makanan yang kaya dengan perisa itu mentakrifkan kecintaan masyarakat India terhadap produk berasaskan susu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI