fbpx

Sabah atasi Perak 1-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Perak FC, Muhammad Azalinullah Mohamed Alias (kiri) mengawal bola dari pemain Sabah FC, Miguel Angel Garrido Cifuentes (kanan) dalam perlawanan Liga Super Malaysia 2023 antara Perak Fc dengan Sabah FC di Stadium Perak, Ipoh malam ini. Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Jaringan Park Taesu pada minit ke-85 mencukupi buat Sabah FC mengatasi Perak FC 1-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, sebentar tadi.

Pemain Korea Selatan itu menolak bola melepasi penjaga gawang tuan rumah, T. Shaheeswaran untuk melerai kebuntuan.

Sehingga gol itu, perlawanan tampak seakan berakhir seri berikutan kesukaran kedua-kedua pasukan membuat penyudah.

Namun pasukan Negeri Di bawah Ayu itu nyata lebih bernasib baik apabila Taesu menewaskan penjaga gol tuan rumah.

Pada perlawanan itu penyudah lemah adalah faktor kedua-dua pasukan gagal mencapai kejayaan.

Dengan kemenangan ini, Sabah kekal di kedudukan keempat carta dengan 51 mata, manakala Perak kekal di kedudukan ke-11.

Perak akan bertandang ke Kuala Terengganu untuk perlawanan terakhirnya dalam saingan Liga Super. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI