fbpx

Dua beradik diuji penyakit kanser otak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jamilah menjaga dua anaknya iaitu Muhammad Anuar (berkerusi roda) dan Muhammad Affandi yang terlantar ketika ditemui di rumahnya di Keda Sungai Tok Pawang, Bedong, Sungai Petani baru-baru ini.

SUNGAI PETANI – Seorang ibu tunggal yang hidup dalam serba kekurangan berdepan ujian berat apabila dua anak lelakinya menghidap kanser otak tahap satu.

Seorang lagi anak Jamilah Musa, 50, pula kini terlantar selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bulan lalu.

Menurut Jamilah, episod du­ka itu bermula dua tahun lalu selepas anak sulung daripada sembilan beradik tersebut iaitu Muhammad Rizuan Rosli, 32, disahkan menghidap barah otak selepas kerap mengadu sakit kepala.

Selepas beberapa bulan ditahan di wad, Muhammad Rizuan akhirnya dibenarkan pulang ke rumah, namun rutin harian lelaki itu terbatas disebabkan masalah kesihatan selain masih perlu menjalani rawatan secara berkala di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini.

“Walaupun sakit, dia (anak) gigih mencari rezeki untuk me­nyara saya dan adik-adiknya yang lain dengan bekerja sebagai pembantu kedai di Bedong,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Keda Sungai Tok Pawang, Bedong baru-baru ini.

Jamilah memberitahu, pada Mac lalu, seorang lagi anaknya, Muhammad Anuar, 28, menga­du sakit mata sehingga penglihatan kabur. Selepas menjalani rawatan di hospital, doktor mengesahkan pemuda itu menghidap kanser otak dan perlu menjalani rawatan kemoterapi selama dua minggu.

“Saya dimaklumkan sel kanser sudah merebak ke otak. Mata kanannya buta, manakala separuh badan sebelah kanan lumpuh. Dia hanya bergerak menggunakan kerusi roda,” katanya.

Tambahnya, kehidupan mereka ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila seorang lagi anaknya, Muhammad Affandi, 19, yang menjadi harapan keluarga kini terlantar selepas cedera parah dalam kemalangan pada Oktober lalu.

Selain tiga anaknya yang sa­kit itu, Jamilah mempunyai dua anak berusia 13 dan sembilan tahun yang masih bersekolah. Empat yang lain pula sudah berkahwin dan tinggal berasingan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh hubungi Ja­milah di talian 014-8835302 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 02103-29-00008264-6.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI