fbpx

Real Madrid rampas takhta La Liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RODRYGO (kanan) yang diarah beraksi sebagai penyerang semakin dapat menyesuaikan diri apabila meledak gol membantu kemenangan ke atas Granada. - AFP

MADRID – Pemain sayap Real Madrid, Rodrygo meneruskan rentak cemerlangnya apabila meledak satu gol dalam kemenangan 2-0 ke atas Granada di Santiago Bernabeu awal pagi semalam.

Kemenangan itu membolehkan Los Blancos kembali merampas taktha pendahulu La Liga dengan kelebihan perbezaan jaringan selepas terikat 38 mata dengan pasukan tempat kedua, Girona dalam 15 perlawanan setakat ini.

Jurulatih Real, Carlo Ancelotti memuji sikap profesional bintang Brazil itu kerana berjaya menunjukkan impak hebat walaupun terus diletakkan beraksi bukan di posisi kegemarannya iaitu penyerang.

“Benar Rodrygo pernah mengeluarkan kenyataan tak selesa beraksi sebagai penyerang tetapi anda sendiri boleh menilainya. Lihatlah tahapnya ketika ini dengan meledak banyak gol buat pasukan,” katanya.

Pengendali berusia 64 tahun itu yang ketika ini hangat dikaitkan dengan jawatan ketua jurulatih Brazil, turut menghamburkan pujian tinggi kepada tonggak tengah, Toni Kroos.

“Kroos tidak sewenang-wenangnya menghantar bola, dia sentiasa memilih hantaran yang terbaik kepada barisan hadapan. Dia tak takut untuk mengambil risiko dan dia seorang yang sukar dicari ganti,” jelas Ancelotti.

Real membuka tirai jaringan menerusi Brahim Diaz yang memanfaatkan hantaran cantik daripada Kroos pada minit ke-26 sebelum Rodrygo menggandakan kedudukan buat tuan rumah di separuh masa kedua.

Biarpun tanpa ramai pemain utama terutama penjaga gol, Thibaut Courtois dan Vinicius Junior tetapi Real masih belum tewas 13 perlawanan dalam semua kejohanan sejak kekalahan 1-3 kepada Atletico Madrid pada 25 September lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN