fbpx

[VIDEO] ‘Ini mimpi atau realiti?’ – Kanak-kanak Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran @abdallah_alattar1999 di Instagram.

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak perempuan cedera di Gaza berulang kali bertanya kepada doktor seakan tidak dapat membezakan realiti mahupun mimpi.

“Ini cuma mimpi buruk atau realiti?” soalnya berulang kali kepada doktor sebaik sahaja dia ditempatkan di hospital.

Menerusi perkongsian seorang wartawan foto di aplikasi Instagram, Abdallah Alattar, kanak-kanak perempuan tersebut kelihatan trauma ketika bertanya seolah-olah mengharapkan jawapan yang sebaliknya daripada doktor.

Sementara itu, seorang lagi wartawan Gaza, Bisan Owda turut memuat naik satu luahan mengenai kehidupan realiti dan mimpinya tiada beza.

“Saya terseksa dengan mimpi buruk yang hampir sama dengan realiti. Saya dah tak dapat bezakan dah realiti dan mimpi,” katanya di ruangan kapsyen.

Situasi ini jelas menunjukkan trauma yang dihadapi penghuni di Gaza masih lagi menghantui mereka dan ada juga sebahagian daripada mereka sudah pun berputus asa.

Kebanyakan pengguna laman sosial turut menzahirkan rasa simpati dan dalam pada masa yang sama mahupun gencatan senjata itu berlaku semula.

“Lakukan gencatan senjata semula! Ngeri melihat kanak-kanak dibuat begitu dengan begitu kejam tanpa rasa bersalah,” kata seorang pengguna.

“Saya juga mengharapkan ini mimpi dan bukannya realiti kejam yang melanda dunia. Ini perlu berakhir sekarang,” komen annageorginaz. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wissam Nassar (@wissamgaza)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI