fbpx

Selangor Naib Juara Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi KDA FC dan Selangor FC pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini. - Foto KDA FC

ALOR SETAR – Dengan dibimbing Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe, Selangor FC hari ini mengesahkan kedudukan mereka di tangga kedua Liga Super, sekali gus menempah tempat ke Piala AFC musim depan apabila berjaya menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 1-0 di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Lebih manis, kejayaan itu dilakar di depan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan berangkat ke bumi jelapang padi bersama kira-kira lebih 2,000 penyokong The Red Giants.

Perlawanan berlangsung rancak sepanjang 90 minit dengan keazaman KDA FC untuk mencari gol awal, jelas terlihat apabila mereka terlebih dulu melakukan percubaan tepat ke gawang pelawat menerusi rembatan leret pemain sayap lincah, J. Partiban seawal minit ke-5.

Tiga minit kemudian, penjaga gol Selangor FC, Sam Somerville sekali lagi bertindak cemerlang memastikan pintu golnya tidak dibolosi apabila menepis percubaan penyerang utama KDA FC, Ifedayo Olusegun sebelum bingkas bangkit untuk mendakap kemas rembatan susulan dilakukan Kapten KDA FC, Manuel Ott.

Setelah beberapa siri percubaan, gol pertama perlawanan hadir pada minit ke-70 buat Selangor. Hantaran lintang Brendan singgah tepat ke kaki penyerang utama mereka dari Colombia, Ayron Del Valle Rodriguez yang mudah melakukan tolakan menewaskan Kalamullah.

Minit ke-79, KDA FC berpeluang menyamakan kedudukan namun ketangkasan Somerville sekali lagi menghampakan kira-kira 18,000 penyokong yang hadir ke Stadium Darul Aman apabila dia tenang menampan bola tersebut.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI