BERDEBAR-DEBAR jantung Diva apabila pelakon berwajah ‘jambu’, siapa lagi kalau bukan Raja Atiq tayang bentuk pahanya yang kekar.
Sebelum ini Atiq pernah ‘belanja’ perutnya yang berotot. Kali ini pahanya pula. Nampak kejantanan pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi drama Nur itu.
Selain Diva, ramai juga pengikutnya yang tidak keruan apabila melihat paha berotot yang ditayang Atiq dalam Instagram miliknya itu.
Tapi macam biasalah, kalau sudah namanya artis, Atiq tidak terlepas dikecam segelintir netizen kerana sengaja menayang auratnya.
Atiq pun sudah lali dikecam sebab bukan kali pertama dia berdepan dengan perkara serupa.
Tengok paha Atiq, tiba-tiba Diva rasa macam nak ayam goreng pula. Sedapnya!
DIVA: Kadang-kadang mulut netizen pun patut dicili. Ada ke patut tanya Wawa Zainal dan suami, Aeril bila hendak bercerai?