fbpx

Messi tak jamin bersedia gantung but

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI mengakui masih mampu beraksi pada tahap tertinggi dan tidak menolak kemungkinan beraksi di Piala Dunia 2026. - AFP

BUENOS AIRES – Bintang bola sepak dunia, Lionel Messi tidak menolak kemungkinan beraksi bersama Argentina pada Piala Dunia 2026 walaupun mengakui masa kini tidak memihak dirinya.

Messi, 36, akhirnya berjaya menjulang trofi Piala Dunia ketika menewaskan Perancis pada final edisi 2022 di Doha, Qatar, sekali gus membolehkannya memenangi anugerah Ballon d’Or kelapannya tahun ini.

Penyerang Inter Miami berkenaan pernah mendedahkan ia adalah pentas Piala Dunia terakhirnya dan tidak merasakan mampu beraksi pada edisi seterusnya yang akan diadakan di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico.

Bagaimanapun, Messi kini mengambil pendekatan tunggu dan lihat disebabkan prestasi semasanya masih pada tahap tertinggi selepas membantu Argentina mengungguli carta kelayakan Piala Dunia 2026 zon Amerika Selatan ketika ini.

“Saya tak fikirkan mengenai Piala Dunia, tetapi saya tak beri jaminan 100 peratus tidak akan berada di sana kerana apa sahaja boleh berlaku. Realistiknya saya tidak akan ke sana sebab umur tetapi kita tunggu dan lihat,” katanya.

Bekas bintang Barcelona dan Paris Saint-Germain (PSG) itu kini mahu memberikan fokus untuk mempertahankan gelaran Copa America menjelang edisi 2024 yang akan berlangsung di AS dari 20 Jun hingga 14 Julai tahun depan.

“Mungkin kami akan terus beraksi cemerlang di Copa America dan segala yang kami usahakan ketika ini. Mungkin juga tidak kerana realistiknya ia tidak semudah itu.

“Saya akan mencapai usia yang kebiasaannya tidak membenarkan saya bermain di peringkat tertinggi seperti Piala Dunia. Ia kelihatan seperti saya akan bersara selepas Piala Dunia (Qatar 2022) tetapi lihatlah, ia sebaliknya,” jelas Messi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI