fbpx

PRK Kemaman: PDRM larang perarakan kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob (kanan) sedang meninjau pusat pengundian, SK Bukit Mentok, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Semua penyokong parti bertanding dilarang mengadakan perarakan selepas keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman diumumkan pada malam ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mengingkari larangan tersebut.

“Kita memohon kepada semua pihak supaya tidak melakukan sebarang bentuk perarakan. Tugas polis adalah menjaga keselamatan.

“Kita akan melakukan pemantauan dan tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak patuh (arahan),” katanya selepas meninjau pusat pengundian, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok di sini hari ini.

PRK Parlimen Kemaman menyaksikan persaingan antara calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Dalam pada itu, Ayob mengesahkan menerima 15 laporan berhubung dakwaan kesalahan pilihan raya sepanjang tempoh berkempen bermula 18 November lalu.

Ujar beliau, ia termasuk satu kes isu berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R) didakwa dilakukan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu berkempen pada PRK Parlimen Kemaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI