fbpx

Amir Amri tekad pulih imej Kesatuan Ragbi Malaysia 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIR (empat dari kanan) bersama barisan kepimpinan baharu KRM bagi penggal 2023 sehingga 2027.

KUALA LUMPUR – Selepas terpilih memegang jawatan No. 1 Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Amir Amri Mohamad tekad untuk memulihkan semula imej sukan tersebut terutamanya isu melibatkan kes pecah amanah.

Amir yang juga merupakan Timbalan Presiden KRM pada penggal lalu meraih undian majoriti ahli gabungan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) sekali gus memegang jawatan Presiden KRM bagi penggal 2023 hingga 2027 untuk bagi menggantikan tempat Datuk Shahrul Zaman Yahya yang tidak mempertahankan jawatan tersebut.

Amir meraih 27 undian ahli gabungan sekali gus berjaya menewaskan Datuk Seri Zainal Abidin Mohd. Rafique yang juga merupakan Presiden Kesatuan Ragbi Kuala Lumpur dengan 11 undi menerusi pertanding satu lawan satu.

“Kalau ikut kemenangan pada hari ini sememangnya tidak dijangka sebab kalau kita tengok adalah muka-muka baharu yang naik memegang jawatan Ahli Majlis dan juga Naib Presiden.

“Apapun, keputusan saya untuk bertanding pada hari ini kerana saya mengambil sikap tanggungjawab kerana kita tahu apa yang berlaku dalam KRM sebelum ini terutama terpalit dengan isu pecah amanah dan sebagainya.

“Sebab itu saya menawar diri untuk bertanding jawatan Presiden dan saya ambil sikap tanggungjawab untuk memulihkan balik reputasi KRM. Selain itu saya juga ingin meneruskan rancangan mantan Presiden kita iaitu Datuk Shahrul seperti pembinaan Stadium Ragbi dan juga mengembalikan Program Pembangunan Ragbi Negara (NRDP) ke KRM semula.

“Selain itu, kita juga mahu memastikan beberapa isu sebelum ini terutama kemelut mutu pengadilan dan kita nak lihat semua agar ia tidak berlaku pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini hari ini.

Pada Disember tahun lalu, arena sukan negara digemparkan dengan kes pecah amanah disyaki dilakukan seorang kakitangan KRM yang difahamkan membabitkan dana hampir RM2 juta.

Mengulas lanjut berhubung isu itu, Amir berkata, kes berkenaan sudah pun berada dalam siasatan polis dan individu berkenaan bakal didakwa.

Dalam sesi pemilihan tersebut, bekas pemain kebangsaan, Mohd. Azmir Zainul Abidin menang tanpa bertanding selepas tiada percalonan lain. Sementara itu, penolong pengurus skuad Bunga Raya 15, Syamsul Erwin Muhammad Lagis dan Abdul Rashid Abdlie (Presiden Persatuan Ragbi Labuan) memegang jawatan Naib Presiden. -KOSMO! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN