fbpx

Misteri wanita kasut merah di stesen minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johan mendapati bahawa wanita misteri yang lalu di depan pintu tandasnya memakai heels merah, selain berbau melur. – ILUSTRASI SHAH HASAN

SETIAP anak perantauan pasti memahami perasaan ingin segera pulang ke kampung sebaik sahaja cuti bermula.

Begitulah juga buat Johan (bukan nama sebenar) yang membawa beg pakaian bersamanya ke pejabat pada hari terakhirnya bekerja.

Lelaki dalam lingkungan usia 30-an itu nekad untuk terus pulang ke kampungnya di Hutan Melintang, Perak sebaik sahaja habis kerja.

Fikiran Firdaus pada hari itu hanya tertumpu pada senyuman yang terukir di bibir ibu dan ayahnya saat tiba di pintu rumah nanti.

Pada malam itu, dia pulang lewat iaitu sekitar pukul 12 tengah malam kerana mahu menyiapkan kerja-kerja agar cutinya tidak diganggu.

Setelah berpuas hati dengan hasil kerjanya, anak bongsu kepada lima beradik itu memulakan perjalanan menaiki kereta menggunakan jalan lama.

Menurut Johan, jalan yang agak sunyi pada waktu malam itu merupakan laluan kebiasaannya sejak sedekad bekerja di ibu kota.

“Saya sudah biasa memandu ikut jalan ini, walaupun sunyi selepas pukul 12 tengah malam. Saya tak rasa takut pada mulanya.

“Namun, malam itu berbeza kerana saya tiba-tiba terasa ingin ke tandas. Jadi, saya guna aplikasi Waze untuk cari stesen minyak berdekatan,” katanya.

Kendaraannya mengikut jalan yang disarankan Waze, sebelum berhenti di sebuah stesen minyak di tengah-tengah kawasan hutan kelapa sawit.

Lampu di stesen minyak tersebut agak malap. Stesen minyak itu sudah tutup berdasarkan keadaannya yang sunyi sepi.

Tanpa melengahkan masa, Johan segera mencari tandas untuk melunaskan ‘hajatnya’ yang sekian lama membuatkan perutnya tidak selesa sepanjang perjalanan.

Sewaktu di dalam tandas, dia terdengar bunyi orang berjalan seperti menggunakan kasut tumit tinggi datang dari arah pintu utama sebelum menghala ke arahnya.

Dari bawah pintu, Johan dapat merasakan angin sejuk menghembusnya saat wanita itu lalu. Johan juga dapati bahawa wanita itu memakai kasut tumit tinggi (heels) berwarna merah, selain berbau harum bunga melur yang cukup kuat.

Pintu tandas di sebelahnya ditutup dengan kuat bagaikan hentakan angin sehingga menyebabkan Johan tersentak.

Pada mulanya, Johan hanya memikirkan mungkin tandas wanita sudah terkunci pada waktu malam sehingga menyebabkan wanita itu perlu menggunakan tandas lelaki.

“Saya rasa dia sudah tidak mampu tahan sakit perut dan ingin segera masuk ke tandas.

“Sewaktu saya keluar bilik air. Saya jerit beritahu bahawa saya sedang basuh tangan. Takut dia tidak sedar kehadiran saya dan keluar dalam keadaan tidak sopan,” ujarnya.

Setelah selesai, Johan menuju keluar dari tandas dan dia dapati hanya satu kenderaan di hadapan tandas stesen itu.

Johan mula rasa seram sejuk memikirkan bagaimana wanita berkasut tumit tinggi itu boleh berada di kawasan tersebut sekiranya dia tidak menaiki kereta.

Tiba-tiba, kedengaran pintu tandas yang dimasuki wanita itu dibuka perlahan-lahan dan bau bunga melur semakin kuat. Tanpa melengahkan masa, Johan segera menaiki keretanya dan memecut laju tanpa memandangkan ke arah tandas itu lagi.

Biarpun sudah semakin jauh dari tandas tersebut, bau bunga melur itu masih lagi ada, malah sehingga sudah tiba di kampungnya.

Kata Johan, bau tersebut cuma hilang setelah berkumandangnya azan subuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI