fbpx

Lahir 500 pemimpin muda Muslim global, wajar terima sokongan – Mohd. Na’im

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Na'im (dua kiri) dan Tengku Permaisuri Norashikin ketika mengikuti program World #Quran Convention di Pusat Konvensyen Movenpick KLIA, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

SEPANG – Usaha Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dalam melahirkan kira-kira 500 pemimpin muda Muslim bertaraf global sewajarnya menerima sokongan umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, program dikenali ‘Young Muslim Leaders for the World’ itu melibatkan peserta dari seluruh dunia daripada pelbagai latar belakang yang akan berpeluang menerajui masyarakat berpandukan formula al-Quran dan Sunah.

Katanya, usaha secara berterusan itu akan dilaksanakan badan berkenaan menerusi siri kempen #UmmahGrandReset sepanjang tahun depan.

“Kumpulan tersebut akan dibimbing murabbi terpilih dengan diberikan pengisian tertentu selain mereka mengikuti tarbiah 52 kali setahun ketika khutbah setiap Jumaat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri World #Quran Convention 2023 di Pusat Konvensyen Movenpick KLIA, di sini hari ini.

Acara kemuncak World #Quran Hour 2023 itu turut dihadiri Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang berkenan mencemar duli berangkat hadir.

Dalam pada itu, Mohd. Na’im juga menasihatkan umat Islam bukan sahaja perlu lebih rajin membaca al-Quran sebagai gaya hidup, malahan menerapkan mesej kitab suci tersebut.

Amalan positif itu katanya, wajar dijadikan tabiat seharian dalam membina insan yang terbaik tidak sahaja kepada institusi kekeluargaan, bahkan komuniti setempat dan negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI