WASHINGTON – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) didakwa menyembunyikan sembilan kapal angkasa asing yang ditemui terhempas oleh sepasukan skuad rahsia, lapor akhbar Daily Star semalam.
Beberapa sumber memberitahu portal berita DailyMail bahawa ‘kapal angkasa makhluk asing’ itu adalah termasuk beberapa kapal angkasa yang terhempas dan tidak musnah.
Objek terbang tidak dikenali (UFO) itu ditemui oleh sayap Agensi Perisikan Pusat (CIA) dikenali sebagai Pejabat Akses Global (OGA).
OGA telah terlibat dalam pengumpulan UFO untuk Direktorat Sains dan Teknologi CIA sejak 2003.
Menurut tiga sumber tersebut, maklumat itu diambil daripada individu-individu yang terlibat dalam misi mengumpulkan kapal-kapal angkasa tersebut.
Menurut sumber, CIA mempunyai sistem untuk ‘mengesan UFO semasa ia menjadi halimunan’. Unit khas tentera akan dihantar selepas kepal angkasa itu terhempas.
UFO yang dikumpulkan tidak akan disimpan di bawah kawalan tentera untuk masa yang lama kerana terlalu banyak rekod. Ia biasanya akan dipindahkan ke ‘tangan peribadi’. – AGENSI