PETALING JAYA – Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 skala richter telah berlaku di Bangladesh kira-kira pukul 11:35 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak kira-kira 71 kilometer dari Narayanganj, Bangladesh.
“Kejadian itu berlaku pada kedalaman sembilan kilometer.
“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan kejadian bencana alam itu,” ujar MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE