fbpx

Konsortium, Masdar bangunkan projek ladang solar bernilai RM9.75 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah konsortium yang diwakili oleh Citaglobal Bhd (Citaglobal) dan Tiza Global Sdn. Bhd. (Tiza Global) telah memeterai perjanjian pembangunan bersama (JDA) dengan firma tenaga bersih terkemuka, Abu Dhabi Future Energy Company PJSC (Masdar).

Pemeteraian perjanjian tersebut adalah untuk membangunkan projek ladang solar dua-gigawatt (2GW) di negeri Pahang (Projek 2GW) bernilai AS$2 bilion (RM9.75 bilion).

JDA tersebut telah dimeterai semasa Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu baru-baru ini.

Presiden dan Pengerusi Eksekutif Citaglobal, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya berbesar hati dengan kerjasama yang dimeterai bersama Masdar telah berubah menjadi rangka kerja JDA yang termaktub dalam tempoh yang singkat iaitu kurang daripada enam bulan.

“Ini adalah bukti komitmen yang jitu bahawa kedua-dua pihak berazam untuk menjadikan Projek 2GW satu realiti dan kejayaan. 

“Bersama Masdar, kami yakin dapat mencapai kemajuan yang lebih pantas ke arah sasaran iklim kami, selain memenuhi keperluan tenaga jangka panjang Malaysia dengan cara yang bertanggungjawab dan menjimatkan kos,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Tambah Mohamad Norza, projek ini akan memberi manfaat kepada perkembangan ekonomi negeri Pahang yang mana hasilnya juga akan dipertingkatkan dengan banyak melalui inovasi sosial dan perlindungan alam sekitar. 

 Citaglobal menjangkakan untuk  menjadi antara yang terawal untuk memulakan Projek 2GW di Negeri Pahang.

Pada peringkat ini, Citaglobal dan Tiza akan memegang 40 peratus kepentingan ekuiti penyertaan dalam Projek 2GW, dengan baki 60 peratus dipegang oleh Masdar. 

Setiap entiti yang mengambil bahagian akan bertanggungjawab untuk membiayai bahagian masing-masing kos pembangunan projek mengikut kadar kepentingannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI