BEIJING – Seorang wanita menceroboh majlis perkahwinan bekas teman lelakinya di China selepas mendapati mas kahwin pengantin perempuan lebih tinggi daripada apa yang dia minta semasa hubungan mereka berlangsung selama tujuh tahun, lapor portal berita Thaiger semalam.
Sebelum ini, pasangan itu telah membincangkan jumlah mas kahwin sebanyak 180,000 yuan (RM118,891) namun ibu wanita itu kemudiannya meminta lebih tinggi iaitu sebanyak 268,000 yuan (RM184,942).
Apabila lelaki itu mendengarnya, dia sangat tidak berpuas hati dan menolak mentah-mentah dengan alasan tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk menyediakan jumlah wang tersebut.
Perselisihan faham antara mereka menyebabkan pasangan tersebut berpisah.
Sebulan kemudian, wanita itu mengetahui bahawa bekas teman lelakinya akan berkahwin dan dia menghadiri majlis perkahwinan tersebut.
Wanita itu terdiam apabila mengetahui bahawa mas kahwin pengantin perempuan ialah 280,000 yuan sekali gus lebih tinggi daripada permintaan ibunya dahulu.
Ramai netizen menyatakan rasa simpati terhadap wanita tersebut dengan ada yang percaya bahawa perpisahan mereka bepunca daripada campur tangan keluarga sehingga menyebabkan lelaki itu menolak untuk berkahwin dengannya. – AGENSI