fbpx

Isteri ditinggalkan suami bunuh bapa kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG bapa dibunuh anak sendiri di Kota Mojokerto semalam. - Foto SURYA.CO,ID

JAKARTA  – Seorang isteri yang ditinggalkan suami sanggup membunuh bapa kandungnya sendiri dalam kejadian di Kota Mojokerto, Jawa Timur semalam, lapor portal berita Tribun Trends.

Ketua Polis tempatan, Roy Aquary Prawirosastro berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan).

“Pelaku ialah anak kandung mangsa. Pelaku memukul bapa kandungnya dengan kerusi plastik warna biru. Mangsa yang berusia lebih 60 tahun terjatuh dan terhantuk pada meja atau almari,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Menurutnya, daripada keterangan saksi-saksi, mereka melihat dua beranak itu bertengkar sebelum mangsa meninggal dunia.

Katanya, anak kandung mangsa kini ditahan polis.

Seorang penduduk setempat, Tisia Andayani menyatakan bahawa pelaku diketahui sudah lama mengalami gangguan jiwa setelah ditinggal suaminya yang tidak pulang-pulang.

Keadaan wanita itu kemudian menjadi semakin serius.

“Suaminya tidak pernah pulang. Makanya, dia (pelaku) sampai mengalami gangguan jiwa gara-gara ditinggal suaminya,” kata Tisia. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI